top of page

Anwar menghadap Sultan Kedah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 3, 2022
1 min read


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghadap Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit.


Dalam kunjungan itu beliau sempat mempersembahkan buku terbaharu tulisannya kepada Sultan Kedah.


"Dalam sesi mengadap tersebut, saya telah memberikan penjelasan terkait SCRIPT sebagai dasar atau kebijakan baharu bagi melonjak Malaysia ke depan. Alhamdulillah, telah saya luncurkannya petang tadi (semalam).


"Saya turut mempersembahkan buku SCRIPT sebagai cendera kenangan kepada Baginda Tuanku Sultan sebelum pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page