
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memiliki peluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 9.
Hal itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan sokongan diterima dari PH Plus adalah baik dan meyakinkan.
"Semalam, kita semua sudah hantar surat akuan bersumpah (SD), proses itu diteruskan dan saya rasa kita tunggu apa pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Dari segi sokongan itu, saya fikir munasabah,” katanya dipetik Sinar Harian.
Meskipun pada hari ini 114 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dipanggil menghadap ke Istana Negara, namun Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu akan mempertimbangkan situasi dan calon yang sesuai pada mesyuarat esok.
Sehingga kini pencalonan Anwar di sokong oleh 105 Ahli Parlimen.
Comments