top of page

Anwar mahu nasib peniaga, penjaja lebih dibela kerajaan



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan dan pihak berkuasa pembandaran memastikan keselesaan peniaga kecil dan penjaja berniaga di ibu kota serta bandar besar lainnya.


Hal itu dinyatakan beliau dalam Majlis Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK 2022) yang dirasmikan oleh beliau, semalam.


Katanya, beliau telah memberi arahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memperbaiki kawasan peniaga kecil berniaga.


"Kota harus indah dan bersih bukan sahaja untuk gedung pencakar langit dan juga peniaga besar tapi mesti diselitkan dengan menyediakan kemudahan kepada peniaga dan penjaja di mana sahaja lorong, tempat awam yang memungkinkan mereka berniaga dengan selesa dengan kemudahan asas yang cukup


"Saya beri kepada bandaraya tempoh tiga bulan, ada penekanan ini dan harus cuba dilaksanakan dengan segera mungkin


"Ini harus dibantu oleh semua kementerian untuk menjadikan fokus kita ini betul betul merakyatkan ekonomi," katanya.


Anwar menegaskan, ekonomi bukan hanya tertumpu kepada pelaburan asing dan syarikat besar tetapi beliau lebih bangga sekiranya rakyat biasa turut menikmati limpahan kemakmuran.


"Saya hadir pada hari ini untuk menyatakan bahawa saya akan lebih bangga kalau Kerajaan Perpaduan ini memberikan perhatian dan keutamaan menjaga dan memelihara serta memberi ruang yang cukup baik kepada penjaja dan penaga kecil.


"Tahun depan inshaAllah kita pastikan jemaah menteri supaya semua kementerian, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan memberi fokus yang sama," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page