top of page

Anwar lebih daripada layak jadi PM ke 9 - Halimey



Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara tokoh yang paling layak menjadi ketua kerajaan di Asia.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, kenyataan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil semalam bahawa Umno tidak akan terima pelan kerjasama dengan Anwar sekiranya niatnya semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri amat dangkal dan tidak berasaskan fakta.


"Tahukah Isham bahawa Datuk Seri Anwar telah mencapai kejayaan sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dunia?


"Anwar adalah Menteri Kewangan pertama yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘untung‘, pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.


"Selepas Anwar berjaya mengurus kewangan dan ekonomi mendapat keuntungan, beliau mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 bilion setiap tahun dan Anwar adalah Menteri Kewangan pertama yang membayar hutang luar.


"Pada tahun 1993, Anwar mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik di dunia. Anwar juga adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai terbaik di dunia," tulis Halimey dalam catatan Facebook beliau.


Di peringkat Asia, kata Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu, Anwar mendapat pengiktirafan Asia Weeks Magazine sebagai ‘The Asian of the year’


"Anwar merupakan Menteri Kewangan Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year.


"Presiden KEADILAN itu juga telah diuji dengan berbagai ujian. Beliau dipukul, dibelasah, ditelanjang dan disumbat ke dalam penjara.


"Apakah dengan kejayaan serta ujian seperti itu tidak melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri ke 9? Apakah Isham boleh namakan kepada umum siapakah calon Perdana Menteri yang Isham atau Umno cadangkan?" tanyanya.


Spekulasi siapa bakal calon Perdana Menteri timbul semula apabila media arus perdana sepanjang minggu memainkan isu kerjasama PH - Umno.


Bagaimanapun, Anwar dalam kenyataan semalam menegaskan tiada kerjasama atau persefahaman telah dipersetujui. Hanya ada perbincangan mengenai nilai-nilai asas perjuangan dengan beberapa pemimpin Umno yang tidak boleh dianggap menjurus kepada pembentukan pakatan pilihan raya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page