Anwar lawat mangsa banjir di Port Dickson
- Redzuan Shamsudin

- Dec 18, 2021
- 1 min read

Hujan lebat di Semenanjung Malaysia menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaikki air.
Parlimen Port Dickson tidak terkecuali dan pagi tadi Ahli Parlimennya Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat kawasan yang terkesan banjir sehingga 1 meter.
"Saya turut bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung.
"Saya telah arahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
"Saya juga melihat perlunya rencana besar terkait sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan di masa hadapan," kata Anwar dalam lawatan ke kawasan kawasan yang dilanda banjir.





Comments