top of page

Anwar laung 'merdeka' simbolik peristiwa penting negara 68 tahun lalu



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melaungkan kata keramat 'merdeka' di Bandar Hilir, Melaka malam tadi selepas Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkannya kira-kira 68 tahun lalu.


Laungan itu simbolik bagi mengenang peristiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh sama, semalam.


PM dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelumnya tiba ke dataran itu dengan menaiki kereta antik jenis Nash Rambler Custom 'convertible' buatan 1951 yang pernah dinaiki Tunku Abdul Rahman dan wakil Sultan Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz ketika negarawan itu bersama rombongan merdeka pulang dari London ke Padang Bandar Hilir pada 20 Feb 1956.


DS Anwar membaca Deklarasi Kemerdekaan Tanah Melayu

Sebaik tiba di pentas utama dataran berkenaan, Anwar, yang memainkan peranan watak Tunku Abdul Rahman, membuat pemeriksaan barisan pemuda sebelum Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran, yang bertindak sebagai Tun V T Sambanthan, mengalungkan bunga malai sambil diperhatikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang melakonkan watak Setiausaha Agung MCA Tun Tan Cheng Lock.


Sambutan diteruskan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Acara Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Tun Abdul Ghafar Baba yang diperankan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, disusuli ucapan oleh Ab Rauf yang memegang watak Datuk Panglima Bukit Gantang.


Ucapan memperingati detik perisytiharan tarikh kemerdekaan

Laungan 'merdeka' sebanyak tiga kali kemudiannya bergema sejurus Anwar, yang memegang watak Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Kemerdekaan bagi memperingati sambutan ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Keris Sapukal, yang merupakan keris sebenar pernah dipegang oleh Tunku Abdul Rahman semasa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu turut diserahkan kepada Anwar oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin yang memegang watak Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Melaka pada 1956 iaitu Zainab Samdin.


Melaka mulai tahun ini mengumumkan tarikh 20 Febuari sebagai hari cuti umum Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page