top of page

Anwar lancar PascaCovid-19, seru kerajaan pandukan data dan sains


Datuk Seri Anwar Ibrahim julung-julung kali melancarkan Program Strategi Pasca Covid-19 (PSPC19) dan Dashboard PascaCOVID-19 (DPC19) yang dibangunkan Yayasan Harapan hari ini.


Katanya, ia adalah sebuah inisiatif dan wahana yang mengajak semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama dan berkongsi, serta memanfaatkan data dan kepakaran yang ada untuk membawa negara dan rakyat keluar dari pandemik COVID-19 secara tuntas.


"Program ini unik dan berlainan kerana penumpuannya kepada data dan sains serta data for good. Dengan pengumpulan yang mencukupi, kita dapat mengelak dari segi kesenjangan waktu dan jumlah.


"Seperti jumlah pesakit di ICU, yang meninggal dunia dan keupayaan hospital. Ini mempercepatkan laporan liputan dan tidak ada lompongan berlarutan menyebabkan maklumat itu tidak sampai.


"Kita menggunakan data dari pelbagai sumber, Google, Facebook serta institusi penyelidikan dari seluruh dunia, tapi bukan dari kerajaan kerana mereka masih mengambil sikap bahawa data tidak dihebahkan kepada awam, ini kelemahan besar," katanya.


Beliau juga meluahkan kebimbangan terhadap kelewatan proses vaksinasi di negara ini.


"Sekarang masalahnya adalah kekurangan vaksin dan memesan vaksin. Negara-negara lain seperti Indonesia memperoleh vaksin mencukupi dengan lebih awal. Ada syarikat yang monopoli Sinovac.


"Kemudian mempersoalkan kelewatan daftar vaksin. Kalau ikutkan sekitar 10.7 juta yang sudah mendaftar vaksin, tapi yang telah divaksin 1.5 juta sahaja," katanya.


Pada masa sama, Anwar juga menempelak sikap kerajaan yang seolah-olah tidak mengambil serius terhadap data Covid-19.


"Kita perlukan data untuk tangani pandemik ini, kita perlu tahu bilakah sebenarnya vaksin akan sampai dan angka vaksin. Kalau ada kekurangan, ia perlu didedahkan kepada orang awam.


"Kalau nak capai proses vaksin sejuta seminggu, tak boleh guna pendekatan yang sama dan mengharapkan dapat keputusan yang baik.


"Kenapa perlu sembunyikan nombor-nombor ini. Kenapa tidak didedahkan data dalam Mysejahtera serta jenis-jenis vaksin yang dibeli.


"Kenapa tidak vaksin Astra Zeneca boeh didaftar terus. Kalau pilihan raya, setiap pengundi termasuk Orang Asli dan pedalaman dicari sungguh-sungguh untuk mendapatkan sokongan mereka," katanya.


Anwar juga menyifatkan, data terperinci mampu membantu kerajaan membuat keputusan yang menang-menang.


"Keputusan ada yang bercanggah, apasal masjid tak boleh, kasino boleh. Menteri yang jaga ekonomi dan menteri kesihatan kena duduk sama, putuskan satu pengumuman, barulah kekeliruan tidak akan berbangkit.


"Sama juga dengan unjuran, unjuran sekarang macam terkejut, patutnya sudah tahu tiga minggu lalu, kerana gerakan penduduk jumlahnya melonjak.


"Kalau sekarang bulan Mac 2020 tidak apalah, baru nak belajar. Ini sudah satu tahun pun tak lulus SRP, ini beban kepada rakyat," katanya.


Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidaklah mahu mengecam kerajaan semata-mata, sebaliknya sekadar mahu menambah baik proses sedia ada.


"Saya menghargai apa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, kita bukannya mengkritik sahaja, tapi kita nak perbaiki dan tambah baik usaha mereka.


"Cuma menteri membuat unjuran berdasarkan gambaran umum, bukannya dari data yang jelas berapa jumlah bergerak, di negeri mana, daerah mana.


"Jadi pimpinan kerajaan harus buat unjuran bukan dari Ketua Pengarah Kesihatan sahaja, tapi boleh menjangkakan sendiri apa yang akan berlaku dalam dua minggu lagi," katanya.






0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page