Anwar lancar jentera KEADILAN hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak



Belum pun usai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan jentera KEADILAN Sarawak bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka pada pertengahan bulan Disember.


Menurut Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), pelancaran jentera tersebut khusus kepada persediaan pilihan raya dalam norma baharu yang berbeza daripada sebelumnya.


"Hari ini saya meluncurkan jentera KEADILAN Sarawak bagi menghadapi PRN kelak. Saya tekankan keperluan kepada pimpinan dan jentera parti untuk perkemas gerak kerja," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.


Anwar terus menekankan prinsip utama perjuangan KEADILAN untuk membela nasib rakyat menderita akibat kejatuhan ekonomi susulan pandemik Covid 19 yang perlu diterangkan dengan meyakinkan kepada pengundi.


"Saya nasihatkan semua agar terus mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini kesan pandemik Covid-19.


"InsyaAllah KEADILAN akan menawarkan calon-calon yang berkaliber, jujur, berani dan berintergriti yang didambakan rakyat Sarawak," katanya.


Ditanya pemberita mengenai persediaan lanjut PRN berkenaan, khususnya pembahagian kerusi, Anwar menegaskan hanya terdapat pertindihan kecil dengan rakan komponen PH yang akan diselesaikan dalam perbincangan.


"Kita akan bincang, pertindihan yang kecil dan kita akan bincang," katanya.


Mengenai kemungkinan parti lain akan menjadi sekutu PH, Anwar tidak menolak andaian itu namun katanya parti berkenaan harus melihat faktor mereka masih baharu dan tidak wajar meletakkan sasaran kerusi yang banyak.


"Kita masih dalam perbincangan, ada alasan-alasan tertentu tetapi pembangkang mestilah bersatu. Sebagai parti baharu mereka perlu munasabah sasaran kerusi, yang mereka ada asas kukuh untuk minta. Biar proses rundingan berjalan dalam kalangan parti di Sarawak," katanya


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga ditanya sama ada calon calon kali ini akan ditapis dengan teliti untuk mengelak melompat parti setelah menang.


"Tapis kadang kadang kita guna nyiru begitu halus, tetapi tarikan wang ringgit dan kuasa terlalu kuat. Sehingga ada orang boleh memilih untuk menyokong parti yang bertentangan dengan aspirasi rakyat Sarawak, pelbagai agama, pelbagai kaum dan merujuk kepada parti satu kaum dan satu agama.


"Tarikan begitu kuat sehingga mereka boleh khianati bukan sahaja amanah parti tetapi amanah rakyat yang diwakilinya," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER