top of page

Anwar lancar buku terbaharu "Script"



Buku terbaharu tulisan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berjudul Script diluncurkan semalam.


Script berkisar pemikiran terkini Pengerusi Pakatan Harapan itu berkenaan perjalanan panjang beliau 'direhatpaksa' di penjara Sungai Buloh, dibebaskan, bertemu kembali rakyat jelata dari nelayan sehingga intelektual dan dihazam menjadi pemikiran atau idea yang mangangkat martabat manusia.


"Dalam kerangka awal judulnya adalah Madani tetapi teks bahasa itu saya edit dua kali belum puas hati. Jadi kita menangguhkan penerbitannya.


"Jadi hari ini kita gunakan Script. Itulah permulaannya. Akronim dalam bahasa yang lebih tepat adalah Madani tetapi yang akan kita jelaskan itu kemudian.


"Idea Script selepas refleksi saya dipaksa berehat. Membaca ribuan artikel dan meneruskan perjalanan saya (selepas dibebaskan) bercakap dengan nelayan, petani, orang tidak bernegara, intelektual, pakar dan dan diluaskan ke arena antarabangsa.


"Juga (menyelami) isu yang tidak biasa bagi saya seperti perubahan iklim, atau digitalisasi. Kerumitkan ini saya manfataatkan dari pakar, malah nelayan pun dia ada kepakaran dalam bidangnya," kata beliau di majlis pelancaran Script di Dorsett, Subang, Selangor.



Dalam sesi santai soal jawab, Anwar berkata, memang tulisannya tidak menonjolkan idea besar yang baharu. Hanya berkisar konsep perangi rasuah, reformasi dan sebagainya.


Namun, kata beliau pemahaman kepada konsep tersebut berbeza daripada yang difahami secara dangkal oleh pemerintah dan masyarakat.


"Anti korupsi, reformasi, menjadi popular dan slogan tanpa makna. Orang mengatakan faham tetapi tidak sepenuhnya faham, mereka tidak komited.


"Saya tidak memperkenalkan benda baharu tetapi definisi agak berbeza. Saya tidak bawa idea tulen, saya bukan pemikir besar. Tetapi apa yang baru, ada percubaan untuk mengunggah konsep dalam makna sebenar. Ini penting kepada rakyat Malaysia.


"Bila saya sebut kemanusiaan, ini banyak menyinggung tradisi kita. Begitu juga kasih sayang sebagai manusia, muslim atau bukan muslim.


"Kita bercakap ke arah masa depan kita sebagai rakyat Malaysia dalam berkongsi nilai kebersamaan kita," katanya.


Sementara dalam menjawab soalan wartawan seusai majlis itu, mengulas mengenai keputusan pemimpin Umno berkeras melaksanakan Pilihan Raya Umum dalam waktu banjir, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata 17% pemimpin Umno tidak wajar menjadi kata pemutus dalam pembubaran Parlimen pada waktu majoriti yang lainnya tidak bersetuju.


"Dalam sistem kita 38 Ahli Parlimen tak boleh paksa keputusan.


"Keputusan harus dibuat dengan wewenang Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri itu mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan waras sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page