Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengupas berkenaan sejarah dan kebangkitan Islam dalam majlis Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar #NahdahUmmah Sempena Ijtimak Harakiy Kali Ke-7 Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang dirasmikan oleh PM.
Anwar yang merupakan mantan presiden kedua ABIM mengupas 'Nahdah Ummah' itu berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya dalam perjuangan panjang memimpin NGO Islam.
Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, dalam ucapannya, Anwar telah menyinggung berkenaan cabaran pengalaman awal dalam gerakan Islam yang memerlukan kebijaksanaan hikmah dalam berdakwah.
"Tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan ini menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman yang mendalam.
"Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan menjadikan tanggungjawab lebih berat.
"DSAI menegaskan bahawa kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat," katanya.
Hadir sama di The Everly Hotel, Putrajaya itu adalah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan); Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar); Mustapha Sakmud (Timbalan Menteri Sumber Manusia) dan ramai lagi.
Program ini turut diserikan dengan persembahan Puisi Perjuangan oleh saya sendiri, Ustaz Hasri Harun (Timbalan Presiden WADAH) dan Saudara Nazmi Putra (Timbalan Presiden PKPIM).
"Kami di WADAH-ABIM-PKPIM menzahirkan rasa jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh rakan media, tetamu, petugas dan semua yang mendoakan kejayaan program ini," katanya lagi.
Comentarios