top of page

Anwar kecam keras siasatan ke atas AMK, Muda



Siasatan ke atas pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berhubung perhimpunan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu merupakan suatu tekanan ke atas parti Pembangkang.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk seri Anwar Ibrahim berkata, tekanan tersebut tidak perlu dikenakan kepada pihak yang hanya menghantar memorandum menggesa siasatan bebas ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung kontroversi pemilikan saham beliau dan adiknya.


"Saya mengecam keras tindakan pihak polis menyiasat pimpinan AMK dan MUDA terkait perhimpunan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tempoh hari.


"Bantahan keras juga saya nyatakan terhadap pihak polis atas tindakan mereka menyiasat Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berhubung siaran media sosial berusia lima tahun lalu yang telah dikongsinya, serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang turut dipanggil polis berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak SPRM," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, siasatan tersebut merupakan satu intimidasi yang tidak perlu, terutama ke atas sikap bertanggungjawab Pembangkang menyingkap gejala rasuah di Malaysia.


"Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk menghentikan gangguan terhadap mereka ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page