top of page

Anwar ke Bangkok, adakan pertemuan dengan PM Paetongtarn

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18
  • 2 min read

PM DS Anwar menandatangani buku pelawat disaksikan PM Thailand Paetongtarn Shinawatra. Foto: PMO
PM DS Anwar menandatangani buku pelawat disaksikan PM Thailand Paetongtarn Shinawatra. Foto: PMO

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja menerima lawatan negara Presiden China Xi Jinping meneruskan usaha diplomatiknya dengan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya di Bangkok, Thailand hari ini.


Selepas mengiringi Xi pulang di KLIA pagi tadi, Anwar terbang ke Bangkok untuk lawatan kerja selama dua hari dan selamat mendarat di Terminal 2 Tentera Udara Diraja Thai dekat Don Mueang pada pukul 1.20 tengah hari (waktu tempatan), lapor agensi berita nasional, Bernama.


Wisma Putra dalam kenyataan berkata Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra di Government House.


Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengadakan perbincangan susulan kepada hasil Perundingan Tahunan (AC) ke-7 Malaysia-Thailand, yang diadakan pada 16 Disember lepas di Putrajaya.


"Kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu hubungan dua hala dan meneroka lebih lanjut bidang kerjasama yang berpotensi antara kedua-dua negara jiran rapat, serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," kata Wisma Putra, nama lain bagi Kementerian Luar dalam kenyataan.


Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan perwakilan khas ASEAN ke Myanmar Tan Sri Othman Hashim.


Anwar dan Paetongtarn juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Pembinaan (CA) bagi Projek Jambatan Rantau Panjang - Sungai Kolok yang akan ditandatangani oleh Nanta dan rakan sejawatannya Suriya Juangroongruangkit.


Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi ASEAN 2025 turut dijadual bertemu dengan Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN dan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri di Thailand.


“Lawatan ini merupakan kesinambungan pertukaran lawatan di peringkat pemimpin tahun lepas di samping perbualan telefon antara Perdana Menteri Anwar dan Perdana Menteri Paetongtarn pada 6 Mac lepas,” kata Wisma Putra.


Pada 2024, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah AS$25.03 bilion (RM114.56 bilion).


Antara Januari dan Februari tahun ini, perdagangan dua hala berjumlah AS$3.96 bilion (RM17.65 bilion), meningkat daripada AS$3.67 bilion (RM16.80 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024.


Dari segi kerjasama keselamatan, Malaysia dipilih menjadi orang tengah dalam siri rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand dalam usaha menamatkan konflik di wilayah itu sejak berdekad lamanya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page