top of page

Anwar jamin MB Kelantan boleh bincang isu rakyat, pembangunan



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob boleh menemui beliau pada bila bila masa yang sesuai untuk berbincang mengenai isu rakyat dan pembangunan negeri.


Hal itu ditegaskan beliau dalam lawatan meninjau mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan malam tadi.


"Saya ucap terima kasih kepada MB Datuk Ahmad Yaakob kerana kesudian mengiringi sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke sini.


"Dia pemimpin yang memanfaatkan waktu. Terus beritahu keperluan masa banjir, prasarana dan pembangunan umumnya


"Saya beri jaminan bukan sahaja hari ini, tetapi pada masa depan saya sedia terima beliau sama ada di pejabat atau di rumah bincang isu rakyat dan pembangunan.


"Kebetulan ini negeri pertama saya kunjungi sekalu PM baru. Itu menunjukkan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan semua," katanya dalam sidang media.


Pengumuman itu mencerminkan perubahan polisi yang diamalkan Anwar sebagai PM 10 ke atas negeri pembangkang.


PM sebelum ini sering menganaktirikan Kelantan dalam isu pembangunan kerana parti pemerintah sering tewas di negeri tersebut.


Selain itu, Anwar juga mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek agar segera membaiki sekolah sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana kata beliau, biasanya akan wujud kerosakan struktur setelah digunakan oleh ramai mangsa banjir.


"Fadhlina Menteri Pendidikan diminta untuk pastikan semua sekolah digunakan (di kawasan banjir untuk PPS). Sekiranya diperlukan untuk baik pulih, ada kerosakan terutama tandas, saya minta Kementerian Pendidikan segerakan.


"Saya masih ingat masa saya jadi Ahli Parlimen Port Dickson, orang tanya sekolah. Saya kata keutamaan baiki tandas kerana tidak munasabah anak anak kita pergi ke sekolah begitu ramai dengan kemudahan tandas rosak," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page