top of page

Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri PH

Updated: Oct 21, 2022



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai calon Perdana Menteri (PM) gabungan itu memasuki Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Pengumuman itu dibuat oleh beliau dalam Konvensyen PH di Ipoh, malam ini.


"Dalam mana mana pertempuran mesti kita angkat seorang jeneral perang. Dalam konteks PRU kita namakan seorang PM.


"Tunku Abd Rahman sudah, Tun Razak sudah, Tun Mahathir dua kali sudah, Tan Sri Muhyiddin, Najib, Ismail pun sudah.


"Sekali lagi, bukan untuk mengangkat satu batang tubuh menjadikan calon PM, tetapi hakikat kita nak letakkan tokoh ini memikul amanah cukup besar dalam suasana cukup sukar, tokoh ini telah teruji.


"Majlis Presiden melalui proses temurapat dan siri mesyuarat PH telah membuat satu keputusan bahawa memasuki PRU 15, PH menawarkan kepada rakyat Malaysia satu nama, iaitu calon PM kita saudara Anwar Ibrahim," katanya.


Selain itu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN itu turut mengumumkan mengenai pembahagian kerusi antara 4 komponen PH yang telah berjaya diselesaikan dengan baik dan sempurna.


"Proses rundingan kerusi memakan masa panjang, menimbangkan semua perkara di peringat parti PH, suka saya umumkan bahawa ia melibatkan jawatankuasa rundingan kerusi PH.


"Suka saya umumkan dalam konvensyen hari ini rundingan kerusi telah berjaya diselesaikan. Pada masa yang sama sesuai keputusan Majlis Presiden PH rundingan berikutnya dengan parti non PH akan kita putuskan bersama.


"Ini akan kita selesaikan dalam tempoh 2 -3 hari ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page