top of page

Anwar hulur sumbangan kepada Otai Reformis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25, 2024
  • 1 min read

ree

Nasib seorang pejuang awal reformasi yang kini diuji dengan masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN berbesar hati menghulurkan bantuan kepada individu dikenali sebagai Kamarul Hatta itu.


Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi pada Sabtu untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.


"Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahu pun senang.


"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, InshaAllah," kata Anwar melalui hantaran tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page