top of page

Anwar gesa semua MP hadir Belanjawan 2021, speaker akhirnya mengalah


Gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua ahli parlimen dibenarkan hadir ketika sesi ucapan Belanjawan 2021 berbanding 80 orang sahaja akhirnya dibenarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.


Ahli Parlimen Port Dickson itu menganggap jika sesi ucapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz hanya memakan masa yang pendek, ia tidak akan mendatangkan bahaya jika semua ahli parlimen dibenarkan masuk ke dewan.


"Saya faham laporan KKM dan MKN, tetapi semua saringan dan sanitasi telah dilakukan tapi ini sesi penting, khusus untuk mendengar ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, jadi mohon speaker beri ruang supaya ahli parlimen yang menunggu di luar untuk masuk ke dalam dewan.


"Alasannya kalau dikatakan terlalu berat atas kesihatan, semalam kita semua boleh bersidang dengan jangka waktu yang lebih panjang daripada masa 1 hingga 2 jam.


"Saya tidak fikir ia akan menjejaskan kesihatan. Justeru, saya mohon kelulusan speaker menangguh lima minit untuk Yang Berhormat masuk ke dewan," katanya di Dewan Rakyat.


Permintaan Anwar turut disokong oleh beberapa ahli parlimen kerajaan termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Bung Radin.


"Saya rasa ini cadangan paling baik, saya sokong supaya rakan-rakan saya mendengar pembentangan paling penting, ini untuk belanjawan bagi ahli parlimen mendengar dengan teliti.


"Speaker dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan semua orang masuk.


"Kalau gambaran begini, seolah-olah negara dilanda musibah paling dahsyat, dewan seperti diserang garuda," katanya.


Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman juga tampil mempersoalkan rasional untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen.


"Persoalannya dari segi penjarakan kerusinya pun begitu banyak tempat yang kosong, kalau nak ikut SOP pun, ini lebih dari ikut, boleh lagi masuk ini, kita hanya perlu memastikan SOP patuhi jadi saya sokong benarkan semua ahli parlimen masuk ke dewan," katanya.


Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut meminta speaker memberikan kebenaran untuk sesi ucapan Belanjawan 2021.


"Ini satu permintaan yang boleh dipertimbang untuk satu sesi sahaja.


"Pembentangan Belanjawan adalah hari yang penting setiap tahun, kalau nak laksanakan SOP baharu, biarlah dilaksana minggu depan," katanya.


Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga menggesa speaker mempertimbangkannya.


"Kalau nak diikutkan, tiada beza sidang Parlimen semalam dan hari ini.


"Semalam bersidang seperti biasa, hari ini tiba-tiba dihadkan untuk 80 orang. Ini saat paling penting, kita dipilih rakyat untuk ikuti perbahasan paling mustahak," katanya.


Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar juga menggesa speaker memberikan kebenaran, malah mempersoalkan dengan panjang lebar terhadap usul untuk mengehadkan 80 ahli parlimen sahaja.


"Apa bezanya sidang harian dengan hanya dengar ucapan Belanjawan? Saya rasa paling lama pembentangan ini pun 2 hingga 3 jam.


"Apa salahnya kita benarkan rakan-rakan di luar masuk ke dewan. Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi.


"Betul ketua whip bersetuju untuk hadkan bilangan ahli parlimen dalam satu sidang tapi ahli parlimen lain pun ada hak dan hak kita dijamin dalam perlembagaan.


"Whip tidak bolehlah 'overrule' sehingga melanggar peraturan dewan, saya rasa kita benarkan sahaja, tidak lama pun," katanya.


Setelah bertubi-tubi ditekan oleh beberapa ahli parlimen, speaker akhirnya membenarkan semua ahli parlimen masuk ke dewan bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page