top of page

Anwar gesa Ahli Parlimen hantar warkah mohon Agong batalkan darurat



Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak menepati keperluan kecemasan negara haruslah dibatalkan sesegera mungkin.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya meminta semua Ahli-ahli Parlimen agar mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pembatalan segera proklamasi darurat yang telah dikuatkuasakan.


"Saya menghantar surat kepada semua Yang Berhormat Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan Sidang Parlimen sesegera mungkin.


"Dalam surat tersebut saya telah mencadangkan kepada semua YB Ahli Parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera. Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan kesemua YB atau parti," katanya.


Dalam memo 7 perenggan yang dihantar Datuk Seri Anwar kepada semua Ahli-ahi Parlimen dan dilampirkan kepada media, beliau menekankan mengenai keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika menasihati Agong mengisytihar darurat.


Datuk Seri Anwar juga menekankan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani pandemik Covid 19, sebaliknya undang-undang kecemasan hanya akan memburukkan keadaan ekonomi, menimbulkan kemerosotan perniagaan dan lebih banyak pembuangan pekerjaan akan berlaku.


Beliau juga menyarankan agar warkah menolak tersebut diserahkan segera sebelum hari Jumaat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong menarik balik darurat.


"Semoga warkah ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar Sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara," katanya.


Darurat diisytiharkan oleh PM Muhyiddin pada 12 Januari lalu dan dilaporkan akan ditamatkan ada 1 Ogos 2021.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page