top of page

Anwar failkan penghakiman ingkar terhadap Ahli Parlimen PN



Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim.


Ia selepas Awang Solahuddin didakwa gagal memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah oleh Anwar dalam tempoh masa ditetapkan.


Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar berkata, writ dan tuntutan saman telah diserahkan kepada Awang Solahuddin selaku defendan pada 3 Mac dan beliau sepatutnya memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 21 Mac.

"Semasa pengurusan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aisyaf Falina Abdullah hari ini, kami memaklumkan kepada mahkamah mengenai kegagalan defendan untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh masa yang diperuntukkan dalam perundangan dan memohon penghakiman ingkar direkodkan terhadap defendan.


"Selepas merekodkan bantahan kami, timbalan pendaftar itu mengarahkan agar perkara tersebut dibawa ke hadapan Yang Arif untuk tindakan selanjutnya. Namun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian," kata Nair dipetik FMT.


Anwar, 75, memfailkan saman itu terhadap Awang Solahuddin pada 3 Mac lepas berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri itu di lobi Parlimen.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif mendakwa defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk kepadanya di lobi Dewan Rakyat, bangunan Parlimen semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15, pada 21 Feb lepas


Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam, telah menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk agenda politik peribadi.


Beliau mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini Ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page