top of page

Anwar fail permohonan di Mahkamah Persekutuan berhubung nasihat PM isytihar darurat



Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan semakan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan kuasa Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen.


Peguam Anwar, Ramkarpal berkata beliau diarahkan oleh anak guamnya untuk memfailkan persoalan yang merujuk Perlembagaan Persekutuan itu ke mahkamah.


"Saya berpandangan persoalan yang dibangkitkan itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.


"Memandangkan perkara itu mustahak, terutamanya kerana Parlimen kini digantung, saya juga memfailkan sijil kesegeraan untuk perkara itu didengar secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ramkarpal lagi, persoalan utama yang dikemukakan oleh Anwar ialah sama ada nasihat Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen tertakluk kepada pengecualian dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


Anwar juga mahu kepastian undang-undang sama ada nasihat itu boleh disemak oleh mahkamah.


Ketua Pembangkang itu juga, kata Ramkarpal, mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada beberapa peruntukan undang-undang termasuk Perkara 150(6) dan 150(8) bertentangan atau tidak dengan jaminan kebebasan dan kesamarataan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Sebelum ini, pada 25 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi semakan kehakiman mencabar kuasa Muhyiddin untuk menasihati Agong supaya menggantung Parlimen.


Kemudian, tiga wakil rakyat negeri dari Pakatan Harapan juga mengemukakan tindakan sama mempersoalkan nasihat Muhyiddin kepada Agong untuk turut menggantung dewan undangan negeri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page