top of page

Anwar doa kemenangan calon di Gombak, tolak politik picisan



Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan calon calon Kerajaan Perpaduan (Perpaduan) di kawasan Gombak iaitu di DUN Sungai Tua, DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia akan berjaya dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Beliau yang turun bagi menunjukkan sokongan padu kepada calon Perpaduan menentang Pengerusi Perikatan Nasional Selangor dan perancang Langkah Sheraton Azmin Ali, berarak ke pusat penamaan calon di Sekolah Sungai Cincin Gombak pagi tadi berkata, kemenangan calon Perpaduan akan menjadi bukti rakyat menolak politik pengkhianatan, adu domba dan perkauman.


"Pagi ini di acara utama bersama Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Luar mengiringi calon-calon dari Gabungan Perpaduan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia yakni Datuk Seri Amirudin Shari, Juwairiya Zulkifli dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.


"Alhamdulillah, cuaca cukup baik sambil diapit para pendukung yang telah berada di sini sedari awal pagi. Insya-Allah, kemenangan bergaya bagi Gabungan Perpaduan untuk rakyat Selangor mengangkat semangat perpaduan dan menolak politik picisan," katanya di Facebook.


DUN dalam parlimen Gombak menyaksikan pertembungan 3 pengerusi negeri, Amirudin Shari (Pengerusi PH Selangor), Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi BN Selangor) dan Azmin Ali (Pengerusi PN Selangor), kempen di kawasan itu dijangka sengit sehingga hari mengundi pada 12 Ogos depan.



Lebih 3,000 penyokong PH - BN berarak ke pusat penamaan calon di Gombak



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page