top of page

Anwar diugut bunuh: KEADILAN buat laporan polis


Laporan polis dibuat serta-merta selepas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ugutan bunuh semasa bersiaran secara langsung di akaun Facebook miliknya.


Laporan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan beliau berbuat demikian di Balai Polis Sentul hari ini.


Prabakaran yang juga merupakan Ketua AMK Wilayah Persekutuan melaporkan bahawa beliau sedang menyaksikan ucapan Anwar secara langsung ketika itu dan mendapati terdapat ugutan bunuh yang jelas mempunyai niat untuk mengancam nyawa orang lain.


"Saya telah melayari sesi Facebook 'live' Anwar Ibrahim dan saya telah melihat ada satu komen individu bernama Ekmal Rezali yang telah membuat ugutan jenayah terhadap Anwar, yang mana individu tersebut menyatakan ayat ugutan seperti berikut: 'Kalau Ibrahim ada. Dengan Ibrahim aku bunuh', ketika sesi live tersebut.


"Saya memohon agar polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pemilik akaun tersebut yang telah membuat ugutan jenayah secara terbuka terhadap Anwar," menurut laporan tersebut.


Kebiasaannya, kes ugutan jenayah di media sosial akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page