top of page

Datuk Seri Anwar diperkenan mengadap Agong 13 Oktober



Kemelut politik yang tercetus berikutan pengumuman Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengambilalih kerajaan dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terjawab minggu hadapan.


Menurut Anwar, beliau telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongan yang diperolehinya di Istana Negara pada 13 Oktober ini.


"Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.


"Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.


"Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Anwar mengharapkan rakyat Malaysia bertenang dan terus mendoakan keadaan yang terbaik sepanjang tempoh peralihan kuasa tersebut.


"Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya lagi.


Untuk rekod, pada 22 September lalu Anwar dalam sidang media di Le Meridien hotel, Kuala Lumpur Anwar mengumumkan beliau telah memperoleh sokongan kukuh Ahli-ahli Parlimen individu dari pelbagai parti selain Pakatan Harapan untuk mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dari kerajaan Perikatan Nasional.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page