Anwar diperlukan pulih ekonomi, tarik pelaburan asing - Abdullah Sani



Kajian agensi penyelidikan Nusantara Academy For Strategic Research (NASR) bahawa 89% responden mahukan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Pedana Menteri (PM) Malaysia ke 9 memperlihatkan harapan rakyat yang mahu ekonomi negara segera dipulihkan.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, kajian yang turut menunjukkan 72% mahukan Pakatan Harapan kembali memerintah itu juga menunjukkan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu perlu dikembalikan segara kepada pemerintah yang berhak.


"Ini melihatkan kepercayaan dan harapan rakyat memilih kita pada PRU 14 lalu. Mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar diperlukan untuk memimpin negara.


"Apabila berlakunya kemelut Covid 19, ekonomi merudum dan dipercayai RM100 bilion wang hasil tidak berjaya dikutip, hanya 61% daripada 200 bilion, maka kita memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar kerana kecemerlangan beliau memimpin kewangan pada 1993 hingga 1998.


"Rakyat melihat Datuk Seri Anwar orang yang berkemampuan untuk menerajui kerajaan dalam proses kita membina semula negara.


"Saya beranggapan rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Manakala kepincangan 22 bulan yang lalu (era Tun Mahathir) bukan disebabkan oleh Datuk Seri Anwar tetapi PMnya orang lain dan tidak menghayati reformasi yang mahu dilakukan.


"Kita tidak boleh meletakkan hukuman orang ini layak atau tidak layak sehingga kita mendapat kepastian daripada kecemerlangan rekod yang telah beliau pamerkan kepada negara dan dunia," katanya menjawab soalan moderator Mustaffa Kamil Ayub lewat hasil kajian NASR dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut Abdullah lagi, beliau tidak melihat tokoh politik lain yang setanding Anwar dari segi karisma mahu pun kebolehan dalam ekonomi yang layak memimpin Malaysia keluar daripada keruntuhan akibat pandemik Covid 19.


Katanya, hanya Anwar yang mampu menarik pelaburan asing dan meningkatkan hasil negara setelah Keluaran Dalam Negara Kasar merosot -17% dan terburuk di Asia pada suku kedua 2020 lalu.


"Waktu ini kita tidak boleh berkisar dalam negara, kita kena pastikan percukaian datang dari pelaburan luar (FDI). Ini yang saya lihat kemampuan Datuk Seri Anwar. Ia (pertukaran kepimpinan) memang mendesak untuk diberi peluang sebagai PM 9. Tidak boleh dinafikan (keunggulan Anwar), saya tidak nampak sosok tubuh yang lain," katanya lagi.


Baru-baru ini NASR menerbitkan dapatan kaji selidik secara atas talian pada 27 Oktober - 3 November 2020 melibatkan 1,158 responden yang majoritinya bersetuju bahawa Anwar perlu diangkat sebagai PM ke 9 dan PH wajar kembali memimpin Kerajaan Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio