top of page

Anwar dikagumi di Indonesia, sosok pemimpin - intelektual



Ketokohan Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pujian dan kekaguman dalam kalangan ahli politik, ekonomi serta intelektual Indonesia sepanjang lawatan beliau menemui Presiden Joko Widodo, kelmarin.


Kekaguman itu dilihat dengan jelas apabila ucapan beliau di Bank Mega, Jakarta di hadapan ahli ekonomi dan intelektual dikupas oleh media Indonesia dalam beberapa hari.


Menurut Setiausaha Politik Kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ketokohan Anwar yang merupakan pimpinan sekaligus intelektual telah lama tidak muncul di pentas kepimpinan Asia


Katanya, bukan semua pemimpin negara mampu berucap memetik tokoh tokoh agung dunia di dalam pidato politik.


"Lawatan sulung PM ke Indonesia memperlihatkan sosok beliau sebagai bukan sekadar pemimpin rantau ini tetapi pemimpin mewakili rantau Asia.


"Untuk mendapat perhatian dunia, beliau bicara bukan sekadar isu kedua negara tetapi termasuk isu perdagangan kelapa sawit. Tekanan negara Eropah dalam industri sawit (Malaysia dan Indonesia) dan sebagainya.


"Bagaimanapun yang terpenting adalah aspek intelektual beliau. Sebab jarang sekali pemimpin politik ada kedua dua kekuatan ini. Beliau telah menunjukkannya di Indonesia, inilah pemimpin yang rantau ini dambakan," katanya.


Walau bagaimanapun di Malaysia imej Anwar masih diperkecilkan oleh kalangan pembangkang, khususnya PN yang memesongkan pemikiran rakyat dan manafikan ketokohan Anwar.


Dalam hal itu, Shamsul berkata bukan mudah untuk mengembalikan imej Anwar sebagai pemimpin tersohor selepas 24 tahun menjadi mangsa propaganda pembunuhan karektor yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.


Namun katanya, terdapat tanda tanda penerimaan positif dalam kalangan rakyat terhadap Anwar dalam 2 bulan pentadbirannya.


"Dalam konteks Malaysia 24 tahun ini, Anwar diserang bertubi tubi. Namun sekarang banyak komen positif dari rakyat Malaysia yang menyatakan soal prinsip tatakelola dan sebagainya.


"Saya percaya tak perlu tunggu 100 hari, dalam masa ini persepsi rakyat Malaysia (sedikit demi sedikit) berubah terhadap beliau, misalnya dalam program setiap hari Jumaat (Anwar) turun ke masjid, dan kepimpinan (berjiwa Islam) itu mula menguasai pemikiran rakyat," ujarnya.


Justeru, Shamsul berharap agar program pembaharuan yang dilaksanakan Anwar akan segera membuahkan hasil.


Beliau juga berharap melalui permukinan para menteri kabinet pada 15 Januari ini akan lebih banyak gerak kerja kementerian yang lebih mantap diketengahkan bagi memaksimumkan keyakinan rakyat ke atas Kerajaan Perpaduan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page