
Presiden KEADILAN, datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malam tadi.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu turut dijemput makan malam bersama Tunku Mahkota Johor.
"Satu setengah jam bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menjunjung kasih atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta'zim.
Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut," kata Anwar malam tadi.
Jemputan tersebut menyebabkan program Anwar di DUN Benut terpaksa diubah jadualnya.