top of page

Anwar dijemput menghadap Agong pagi ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 9, 2021
1 min read

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada pukul 10.00 pagi ini, di Istana Negara.


Sesi pertemuan bersama ketua-ketua parti politik tanah air yang berlangsung hari ini dan esok adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.


Menurut sumber, Datuk Seri Anwar dijangka akan membangkitkan beberapa isu mengenai situasi semasa negara terutama lonjakan jumlah kes Covid-19 dan masalah kemelesetan ekonomi yang dihadapi rakyat.


Beberapa kenderaan rasmi pemimpin parti dilihat masuk ke Istana Negara

Manakala pada sebelah petang, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dijangka menghadap dan perkara itu disahkan oleh Setiauasaha Organisasi DAP, Anthony Loke menerusi satu kenyataan ringkas.


"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku ketua parti DAP telah diperkenankan untuk mengharap Yang di-Pertuan Agong.


"Majlis menghadap tersebut dijadualkan pada sebelah petang, 9 Jun di Istana Negara," katanya.


Sebelum ini, beberapa media dalam dan luar negara telah melaporkan spekulasi Agong mahu bertemu ketua-ketua parti bagi meminta pandangan mengenai situasi terkini negara menjelang mesyuarat bersama Raja-raja Melayu yang dijadualkan minggu hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page