top of page

Anwar desak Menteri Pertahanan respons tuntutan veteran tentera

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 6, 2022
  • 1 min read


Kementerian Pertahanan tidak wajar terus mendiamkan diri daripada mengambil tanggungjawab membela kebajikan anggota tentera yang berpencen dan tidak berpencen di negara ini.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Pertahanan bertindak segera ke atas tuntutan peserta himpunan Reunion Veteran di Kuala Lumpur, pagi tadi


"Saya ikuti perkembangan perhimpunan aman oleh para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tugu Negara hari ini.


"Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak mereka dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan," katanya.


Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, isu kebajikan veteran tentera telah beberapa kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat namun tidak ditangani dengan berkesan oleh pihak Kementerian.


Kini setelah veteran berhimpun menuntut hak mereka, kata Anwar, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak boleh berdolak dalik lagi dan perlu segera bertindak melunaskan tuntutan wira wira yang telah berjasa kepada negara itu.


"Isu ini (kebajikan) sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan bawa di Parlimen, dan hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini.


"Usahlah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita," katanya lagi.


Pagi tadi kira kira 1,500 veteran tentera dari seluruh negara berhimpun di Tugu Negara, Kuala Lumur bagi menuntut kerajaan memberi layanan yang lebih baik terhadap kebajikan mereka, terutama menilai semula skim pencen yang rendah bagi sebilangan anggota dan menuntut anggota yang berkhidmat melebihi 10 tahun diberi pencen secara automatik.


Komentarai


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page