top of page

Anwar cenderung tanding kawasan pengkhianat, yakinkan Melayu tolak politik taksub



Pengkhianat kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu diberikan mesej bahawa rakyat tidak menerima ahli politik yang mementingkan diri sendiri.


Berasaskan prinsip itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dalam pilihan raya akan datang cenderung untuk bertanding di kawasan yang dipertahankan oleh pemimpin yang mengkhianati PH.


"Saya harus pilih, Port Dickson itu setakat ini nampaknya lebih mantap, lebih kuat. Lebih kuat daripada 2018 waktu saya bertanding.


"Kawasan dikatakan kubu Umno kita boleh masuk dan kawasan Melayu sambut saya begitu baik, walau ada beberapa tempat yang tidak boleh diasak pada ketika itu.


"Saya harus pilih kawasan pengkhianat. Jadi saya nak tentukan mesej bahawa penghianatan ini dalam politik atau kehidupan tdiak boleh diterima dengan baik. Kamu khianat amanah kerana dana dan kedudukan.


"Saya kemungkinan besar memilih kawasan atau kerusi khianat," katanya dalam majlis Sembang Kencang KLS@Anwar Ibrahim, malam tadi.


Majlis ramah mesra DS Anwar di Hotel PJ Hilton malam tadi meriah

Menjawab soalan hadirin mengenai golongan sayap kanan dan nasionalis yang kini menguasai politik Eropah, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, masyarakat luar bandar sejak dahulu agak konservatif dan memerlukan masa untuk memberi kesedaran kepada mereka.


"Kalau ikut strategi saya kempen, saya pergi ke luar bandar dan kawasan Melayu. Di Perlis saya pergi Kuala Perlis, sambutannya sangat baik, di Selangor kita bermula di Gombak, kemudian Kuala Pilah, kemudian Yan, Guar Chempedak.


"Media sosial terbatas, suratkhabat kalau dulu misalnya setiap kampung baca Utusan, Berita Harian. Sekarang sangat kurang. Sinar di Lembah Kelang. TV ada kesan, RTM, terutama TV3. Astro Awani itu masih di lingkaran picking up.


"Saya nak tekan di sini pergantungan kepada media biasa kurang. Walau dari sudut survey tv masih ada pengaruh. Apa pilihan kita?


"Saya pergi di Melaka satu kampung nelayan. Saya tanya siapa tahu sosial media ada 10 orang, 8 infotaiment, dua yang follower. Boleh bayangkan ini kedudukannya. Melainkan di kalangan orang muda.


"Jadi kita kena turun sendiri menemui mereka dan yakinkan mereka," katanya.


Mengulas lanjut, katanya PH perlu memberikan kesdaran kepada masyarakat Melayu untuk menukar paradigma dan usaha itu bukanlah mudah.


"Apatah lagi dengan politik ketaksuban yang dibawakan oleh BN dan PN yang mengutamakan bangsa serta keagamaan sempit.


"Keenganan berubah itu bukan fenomena luar bandar atau Melayu sahaja. Ia perlu pencerahan yang lebih di kalangan mereka.


"Slogan BN masih meyakinkan, mengesankan. PN Melayu Bersatu dan Islam campur. Guna Islam, siapa tak sokong parti Islam menyimpang dari matlamat Islam.


"Sedangkan parti itu hanya satu wadah. Masuk Pas masuk syurga, 1 bilion muslim itu bukan ahli Pas. Ini soal taksub


"PH walau pun majoriti muslim, bahasa Melayu tetapi mereka fikir, kurang kurang Umno jahat tetapi mereka Melayu. PH dengan Anwar betul Melayu tetapi dia pelbagai kaum.


"Jadi kita kena berusaha bersungguh menerangkan kepada mereka, Malaysia pada 2022 tidak boleh teruskan agenda politik menyisihkan orang lain. Tidak boleh diskriminasi yang lain," katanya lagi.


"

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page