top of page

Anwar cabar pemimpin kaya sumbang harta bantu Melayu



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melontarkan kritikan keras terhadap pemimpin yang memainkan sentimen kaum namun dalam masa sama tidak berkongsi kekayaan dengan rakyat.


Pada ucapannya di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Pulau Pinang semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencabar pemimpin yang mengumpul kekayaan ketika memegang kuasa supaya membuktikan niat mereka dengan menyerahkan separuh kekayaan kepada orang Melayu yang dikatakan masih miskin dan terpinggir.


"Saya harap perkara ini sampai. Berapa kekayaan? RM10 bilion, RM15 bilion? Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau (itu) beri pada orang Melayu," katanya.


Mengulas lanjut dakwaannya, Anwar berkata pemimpin yang mempunyai kuasa sering mengaut kekayaan untuk diri sendiri dan sanak saudara, namun apabila sudah tidak lagi berkuasa mereka memainkan retorik kononnya mahu membantu dan menyelamatkan orang Melayu.


"Sebab itu saya kata jangan guna kuasa untuk memperkayakan sanak saudara, kemudian sanak saudara kaya, dan (bila) mereka hilang kuasa, bercakap mengenai hidup Melayu dan hendak selamatkan Melayu.


"Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak cakap pada pembesar yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, (cuba) bagi setengah kepada orang Melayu esok," katanya.


Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang didakwanya itu.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, menjelaskan beliau dan Kerajaan Perpaduan terbuka menerima kritikan dan teguran daripada semua pihak, namun ia harus berlandaskan fakta dan kebenaran.


"Jadi tegurlah, kritiklah. Saya boleh terima semuanya, cuma jangan fitnah dan jangan caci, maki hamun kerana itu bukan lunas politik yang diamalkan di negara ini


"Kalau kamu seorang pendakwah, menyampaikan tazkirah dan bicara soal tegakkan Islam, kamu tidak boleh putar-belit kenyataan dan tunggang agama untuk kepentingan diri dan politik," katanya.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page