top of page

Anwar buktikan mahasiswa penting dalam wacana negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 2 min read

Saifuddin (kanan) menghadiri Program Temu Anwar di Management and Science University (MSU), Shah Alam
Saifuddin (kanan) menghadiri Program Temu Anwar di Management and Science University (MSU), Shah Alam

Program Temu Anwar edisi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Management and Science University (MSU), Shah Alam semalam disifatkan sebagai antara edisi terbaik pernah dianjurkan.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Mohammad berkata, acara itu bukan sekadar memberi impak penuh makna kepada para peserta, malah menghidupkan kembali semangat ramai bekas aktivis pelajar dan alumni universiti itu sendiri termasuk dirinya.


"Sudah lama saya tidak muncul di program Temu Anwar. Kali ini saya bersungguh hendak hadir kerana ia sangat istimewa bagi saya.


"Acara ini sendiri menyentuh dua perkara dalam diri saya; pertama selaku mantan Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) yang turut menganjurkan Meet Anwar sehingga ke Sarawak belasan tahun lalu dan selaku alma mater MSU yang mendewasakan perjalanan hidup saya.


"Saya bersyukur kerana dapat menghimpun semula memori zaman belajar dan aktivisme yang penuh kenangan," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook.


Program di MSU ini merupakan edisi sulung Temu Anwar di IPTS, sekali gus menandakan keterlibatan aktif sektor pendidikan swasta dalam wacana nasional.


Dalam ucapannya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya mahasiswa menyesuaikan diri dengan perubahan global, termasuk perkembangan dalam bidang digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).


Beliau turut menyeru agar ilmu pengetahuan digunakan untuk menyebarkan keadilan dan kebenaran, selaras dengan kerangka MADANI yang menekankan nilai, etika, dan maruah insan


"Seperti kebiasaannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mencuri perhatian mahasiswa dalam dan luar negara dengan penyampaian polisi serta idea-idea pragmatik beliau.


"Jawapan beliau terhadap persoalan peserta disampaikan dengan penuh ketenangan, di samping ulasan terhadap isu-isu semasa yang merancakkan lagi sesi dialog


"Keterbukaan Anwar dalam berinteraksi secara langsung dengan generasi muda membuktikan pentingnya penglibatan mahasiswa dalam wacana nasional," tambahnya.


Saifuddin sementara itu merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, MSU, AIC, dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program tersebut.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page