top of page

Anwar bincang isu Palestin bersama PM Jordan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh semasa berada di Riyadh.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata pertemuan itu yang berlangsung di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) telah dimanfaatkan untuk berbincang dan bertukar pandangan terkait pergolakan geopolitik serantau, khususnya konflik Palestin-Israel.


"Saya tegaskan kepentingan untuk Jordan bersama dalam usaha mengheret Israel ke muka pengadilan untuk dipertanggungjawabkan atas jenayah dan kekejamannya terhadap Palestin, selain turut menyatakan sokongan terhadap pembentukan negara Palestin di pentas PBB.


"Saya zahirkan penghargaan buat PM Bisher atas peranan yang dimainkan oleh Jordan di saat-saat genting dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin," kata Anwar.

Perdana Menteri sementara itu berkata, kedua-dua mereka turut membincangkan beberapa perkara terkait kerjasama dan kepentingan kedua-dua negara


"Saya dan PM Bisher antara lain sepakat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama perdagangan Malaysia-Jordan, antaranya dalam sektor pelancongan dan pertahanan.


"Kami turut bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam penyediaan perkhidmatan pembiayaan perdagangan Islam serta kerjasama membabitkan kepakaran syariah, kajian dan undang-undang perbankan untuk meneroka bidang baharu yang khusus seperti inovasi, teknologi kewangan dan kemampanan," tambah Anwar.


Anwar pada pertemuan itu turut menzahirkan penghargaan atas jemputan Raja Jordan Raja Abdullah II untuk berkunjung ke negara itu pada tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page