Anwar bidas isu pembalakan haram di hutan simpan



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berhubung isu pembalakan haram yang masih berleluasa dan merosakkan alam sekitar biar pun menteri mengesahkan pelbagai langkah pencegahan telah diambil.


Menurut Anwar pembalakan haram telah berlarutan sejak sekian lama namun jawapan pihak kementerian sering tidak memuaskan.


"Saya nak jelaskan bahawa persoalan ini bukan baru dan telah menjadi masalah sekian tahun. Saya teliti jawapan menteri yang lalu terutama tahun 2020, (Ahli Parlimen) Temerloh, Kemaman, Maran dan jawapan itu bunyi meyakinkan tetapi kenyataan sekarang pembalakan haram masih berleluasa


"Kelulusan yang tidak mengikut kaedah persetujuan bersama mengikut Majlis Tindakan Negara masih berlaku. Walaupun kita tahu kedudukan undang-undang Perkara 74 (2) bidang kuasa negeri, saya tidak pertikai itu. Soalan saya, merujuk kepada pemantauan dan tindakan.


"Soalannya mengapakah pembalakan haram yang memusnahkan persekitaran dan menyebab banjir berterusan walaupun dasar-dasar itu berjalan terus. Itu yang saya nak tegaskan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, sesi pagi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberi contoh, ketika beliau masih di dalam kerajaan di mana pegawai perhutanan memberi alasan pembalakan haram 'tidak kelihatan' sedangkan tanah sudah digondolkan.


"Pengalaman saya masa buka Universiti Utara Malaysia, pembalakan berlaku. Bila ditanya 'tak kelihatan katanya'. Tanah dah botak, balak dibawa keluar. Kalau jarum dibawa keluar, saya faham agak rumit.


"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan saya minta menteri biar ada kemahuan politik, keberanian untuk menangani masalah pembalakan haram secara tegas di negara kita," katanya lagi.


Bagaimanapun, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi alasan isu pembalakan haram sukar dibanteras keseluruhannya, dan pihak berkuasa hanya mampu untuk meminimumkan jenayah berkenaan.


Selain itu, Takiyuddin juga mengulas mengenai isu kepala air di Hutan Simpan Jerai, Kedah baru-baru ini yang menurut beliau bukan disebabkan pembalakan kerana pokok yang turun bersama air banjir lengkap dengan akarnya, bukan yang telah dipotong.


Katanya, kejadian banjir kepala air tersebut merupakan takdir Allah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER