top of page

Anwar bertemu Speaker Dewan Rakyat bincang isu sidang Parlimen

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 4, 2021
  • 1 min read

ree


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen, pagi tadi.


Dalam kenyataan di Facebook, Anwar menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan keperluan mengadakan sesi sidang Dewan Rakyat sebagaimana dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.


ree
PH mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN, dihadiri perwakilan ketiga-tiga parti komponen

"Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari.


"Seusai pertemuan, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut.


"Majlis Presiden juga menyentuh beberapa isu mutakhir serta persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page