top of page

Anwar bertemu komuniti Islam di Itali, bincang kukuhkan ummah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3
  • 1 min read

PM Anwar dan Menteri Luar DS Mohamad bertemu komuniti Islam Itali dan menyampaikan sumbangan al Quran
PM Anwar dan Menteri Luar DS Mohamad bertemu komuniti Islam Itali dan menyampaikan sumbangan al Quran

Oleh: Helmi Mohd Foad


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Islam dalam lawatannya di Itali bagi bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuhkan ummah dan menangani isu Islamofobia.


Dalam pertemuan itu, Anwar mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.


"Pertemuan ini memberi ruang untuk kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah," kata beliau dalam hantaran di Facebook.


Perdana Menteri menekankan tentang komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam dengan tumpuan kepada nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali.


"Sebagai tanda ukhuwah, saya turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas, selain 10 lagi naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol persaudaraan dan penyebaran ilmu," kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page