top of page

Anwar 'balik kampung' laksana ibadah korban



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghabiskan seharian di kampung asalnya Cherok Tok Kun, Permatang Pauh dan kawasan sekitar Pulau Pinang.


Beliau melaksanakan ibadah korban di sana dan dalam kelapangan waktu itu berkunjung ke rumah sahabat handai yang memberi sokongan sejak mula penglibatannya dalam politik era 1980an sehingga kini.


"Saya pulang sebentar ke Permatang Pauh, Pulau Pinang sambil menyantuni rakyat pada Majlis Korban Perdana di Masjid Jamek Cerok Tokun Bawah sempena Hari Raya Aidiladha.


"Saya sempat bertegur sapa dengan komuniti dan masyarakat termasuk yang sedang melaksanakan ibadah korban sambil menyampaikan beberapa pesan seadanya.


"Antara yang saya singgung dan jelaskan adalah berkaitan penyasaran subsidi diesel yang kini semakin jelas difahami," katanya.


Bertemu kaum keluarga sempena Hari Raya Aidiladha

Datuk Seri Anwar juga sempat menziarai ahli keluarga di kampung, rumah pusaka dan makam ahli keluarga yang telah meninggal dunia.


Di samping itu beliau menemui guru kelasnya Ustazah Salmah Abu Bakar yang mengajar Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sewaktu beliau di tahun empat hingga enam di Madrasah Al Itihadiah Al Wataniah, Cherok Tok Kun.


Bertemu Ustazah Salmah Abu Bakar (duduk di tengah)

Usai pertemuan itu PM menghadiri kenduri kenalan lama, Hamzah Mat Isa sempena Hari Raya Aidiladha di Mengkuang Semarak sambil menyantuni penduduk sekitar.


Beliau teruja ada yang hadir membawa buku untuk ditandatangani, bercerita kisah penduduk, bergambar bersama dalam meraikan ukhuwah yang sedia terjalin sejak sekian lama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page