top of page

Anwar alu alukan Inisiatif Jalur Sutera Baru, kongsi kemakmuran bersama



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan Inisiatif Jalur Sutera Baru (Belt and Road Initiative/BRI) yang menjadi keutamaan Presiden China Xi Jinping pada ketika ini.


Dalam pidatonya di Universiti Tsinghua, Beijing pagi tadi Anwar berkata, China melalui inisitif berkenaan telah bermurah hati berkongsi kekayaan dan teknologi tinggi dengan negara negara Asia jirannya.


"Saya mengalu-alukan inisiatif oleh Presiden Xi Jinping untuk berkongsi kekayaan dan pembangunan melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru


"Dalam mendepani tantangan dunia hari ini terutamanya dalam hal perubahan iklim, China kini di depan dan telah serta sedang melakukan yang terbaik ketimbang negara-negara di Eropah.


"Ini yang cuba diterjemah oleh Presiden Xi Jinping tatkala beliau berbicara mengenai kemanusiaan dan peradaban. Pemimpin dan negara mesti bergerak ke depan mendepani ‘creative destruction’ dan tidak boleh kita teruskan etika yang lama dan usang, untuk mempaculkan sistem dan budaya baharu," katanya.


Lawatan ke China amat penting, 5 menteri pusat mengiringi PM DS Anwar Ibrahim

Anwar lewat ucapan itu turut menyentuh mengenai hubungan geopolitik dan diplomasi antarabangsa dengan katanya era imperialisme, mahupun neo-imperialisme telah pun berakhir. Waktu ini negara di dunia lebih bebas dan tidak lagi ditentukan oleh mana mana kuasa besar dalam membina negara bangsa.


"Tidak ada lagi mana-mana negara, adikuasa terutamanya yang mempunyai hak atau kuasa untuk membidak catur mana-mana negara," tegas beliau.


Dalam ucapan itu juga Anwar meninggalkan pesan mengenai mesej universial kemanusiaan dan kasih sayang dari sejarah Confucius dan juga hal sama yang ditekankan al Quran untuk saling kenal serta memahami antara satu sama lain, bukan saling membenci atau mencipta perbalahan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page