top of page

Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Fumio Kishida di Tokyo

Updated: Dec 17, 2023



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Tokyo pada Jumaat untuk lawatan kerja lima hari akan mengadakan mesyuarat bersama rakan sejawat Fumio Kishida di pejabatnya hari ini.


Jadual pergerakan yang dikongsikan Pejabat Perdana Menteri dengan media Malaysia menunjukkan jadual yang padat menanti Anwar, bermula dengan mesyuarat pra majlis bersama delegasi Malaysia pada 10 pagi di Hotel Imperial Tokyo di sini, sebelum bertemu Kishida, lapor Bernama.


Selepas mesyuarat dua hala itu, Anwar dan Kishida dijadualkan untuk menyaksikan Pertukaran Nota Pelaksanaan bagi Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan dan Memorandum Kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas, antara kedua-dua negara.


Anwar dan delegasi akan bergerak semula ke hotel yang sama pada 12.30 tengah hari untuk makan tengah hari bersama Pengerusi Kehormat Sasakawa Peace Foundation Tan Sri Sasakawa Yohei.


Selepas itu pada pukul 2.30 petang, beliau dijadual mengadakan pertemuan bersama eksekutif utama tiga syarikat multinasional Jepun iaitu Rohm Wako, Toshiba dan Mitsui & Co. Ia diikuti dengan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri di Jepun pada 4.15 petang.


Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seterusnya dijadualkan menghadiri majlis makan malam pada pukul 7 petang dihoskan oleh Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.


Pada majlis makan malam itu, Anwar akan turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page