
Johor negeri ketiga termaju di Malaysia namun masih berlaku insiden penderitaan hidup rakyat yang tidak boleh digambarkan.
KEADILAN menemui seorang ibu tunggal yang berada dalam dilema sama ada untuk memberi makan anak anaknya atau membaiki kipas dan lampu di rumah mereka.
"Nama saya Rafiah. Saya membesarkan 3 anak anugerah Allah semenjak kematian suami tercinta setahun yang lalu. Dengan menjual barangan online, saya masih dapat menjana pendapatan RM500 sebulan dan untuk menampung keperluan kami.
"Sudah lebih setahun, kipas dan lampu bilik tidak berfungsi kerana kerosakan kotak fius utama. Walaupun keadaan bilik yang gelap dan panas, saya terpaksa memilih untuk menyediakan makan dan minum yang cukup selain dari memastikan kepentingan anak-anak untuk terus bersekolah," katanya dalam mesej kepada pengundi Pilihan Raya Negeri Johor untuk berfikir ke arah melantik Kerajaan Negeri yang lebih prihatin.
Untuk itu KEADILAN berjanji akan melaksanakan skim skim bantuan yang lebih baik sebagaimana Selangor sekiranya diberi mandat bersama Pakatan Harapan mentadbir Johor, memandangkan negeri itu dilimpahi kekayaan dari pelbagai sektor, terutama perindustrian.
Untuk itu KEADILAN dalam manifestonya menawarkan Kad Ibu Special Ta'azim (KIST) iaitu bantuan barangan asas ibu tunggal B40, mewujudkan semula Kad Sihat Johor untuk perkhidmatan doktor keluarga B40 dan baucar tuisyen untuk pelajar tercicir bagi rakyat memerlukan sebagaimana keluarga Rafiah
Sementara itu, KEADILAN juga berusaha membaiki kipas angin di rumah Rafiah dan mengusahakan bantuan lainnya kepada keluarga tersebut.
