top of page

Anjur kelas hiasan tudung saji bantu golongan wanita tambah pendapatan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Feb 24, 2023
1 min read


Wanita KEADILAN Kemaman, Terengganu menganjurkan kelas hiasan tudung saji bagi membantu golongan wanita menambah pendapatan.


Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, kelas yang diadakan kelmarin di Dewan Sivik Air Putih tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat.


"Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran menghias tudung saji kepada golongan wanita khususnya.


"Melalui kursus ini, ia dapat memberi kemahiran yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi tudung saji berhias mempunyai nilai komersial dan mendapat tempat di kalangan pembeli," kata kenyataan itu.


Tambah kenyataan berkenaan, Wanita KEADILAN Kemaman sentiasa komited memberdaya golongan itu dalam memacu kemahiran yang dapat digunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page