Laporan polis serentak dibuat oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana mengeluarkan kenyataan yang memperleceh titah Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan Perikatan Nasional segera membuka sidang Parlimen.
Menurut kenyataan AMK Selangor, kenyataan Takiyuddin dalam wawancara Harakah tersebut jelas suatu kebiadapan kepada Agong dan titah Majlis Raja-raja pada 16 Jun lalu.
"Susulan kenyataan biadab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memperlekeh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen perlu dibuka secepat mungkin, AMK Kuala Langat, Kapar, Hulu Langat, Gombak dan Ampang telah membuat laporan polis
"AMK meminta agar pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan segera," kata kenyataan tersebut.
Comments