top of page

Angkatan Muda HARAPAN lengkapkan jelajah, dengar keluh kesah akar umbi



Angkatan Muda HARAPAN akan melengkapkan siri jelajah 2022 ke seluruh negara untuk mendengar sendiri keluh kesah anak muda di peringkat akar umbi.


Hal itu dipersetujui bersama oleh pimpinan Angkatan Muda HARAPAN dalam mesyuarat pengukuhan gerak kerja pilihan raya pada 13 September lalu.


"Angkatan Muda HARAPAN telah memuktamadkan jadual penuh Jelajah Anak Muda Harapan di seluruh negara yang akan bersambung semula di Pahang pada 1 Oktober ini diikuti negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak dan akan berakhir pada hujung November 2022 dengan fokus untuk mendengar serta menginsafi keluh kesah, pandangan anak muda segenap segmen.


"Angkatan Muda HARAPAN sebelum ini telah melaksanakan Jelajah Anak Muda Harapan di Kelantan pada 13 Ogos dan Terengganu pada 3 September yang lepas dan telah mendapatkan pelbagai kisah anak muda segenap segmen terkait kos sara hidup meningkat, jaminan pendapatan dan defisit kepercayaan terhadap keupayaan kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang bermaruah buat anak muda yang baru berkeluarga dan memulakan kehidupan baru," kata kenyataan pergerakan itu hari ini.


Mengenai penyertaan parti yang juga mempunyai perjuangan hampir sama dengan Angkatan Muda HARAPAN untuk menyertai Pakatan Harapan, pergerakan anak muda itu berkata akan membawa pendirian mereka ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH untuk dibincang secara menyeluruh.


"Antara prasyarat utama adalah parti berkenaan perlu mendukung prinsip PH dalam segala ketetapannya.


"Juga adalah mustahak untuk ditekankan bahawa keputusan yang diambil terkait hal ini perlulah menitikberatkan pandangan dan kemahuan setiap anggota serta akar umbi bagi setiap komponen sayap pemuda parti dalam PH," kata mereka.


Angkatan Muda HARAPAN turut berikrar untuk menzahirkan komitmen mereka memberikan prioriti memperkasa setiap sayap pemuda khusus bagi mendepani PRU ke-15 dan terus bertekad membina keyakinan anak muda dengan fokus mengangkat isu-isu anak muda dan membugarkan pendekatan politik yang menjulang kepentingan rakyat.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia, Kelvin Yii Lee Wuen; Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abd Halim; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda dan Ketua Pergerakan Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page