top of page

Angkatan Muda HARAPAN kukuh kesatuan hadapi PRU 15



Angkatan Muda HARAPAN membuat lantikan baharu sesuai dengan hierarki terkini dalam kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN yang diumumkan baru baru ini.


Menurut kenyataan Ketua ketua Angkatan Muda HARAPAN, kesatuan pemuda parti kali ini diatur rapi untuk menghadapi pertempuran sengit Pilihan Raya Umum ke 15 yang boleh diadakan pada bila bila masa.


"Angkatan Muda HARAPAN terdiri daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAPSY), Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda Amanah Nasional (WARDA), Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO berdiri teguh bersama-sama untuk memastikan kemaslahatan yang dicerminkan melalui hasrat dan aspirasi mereka dijuarai setiap masa.


"Kami juga menzahirkan komitmen berkesatuan antara komponen sayap pemuda parti komponen Pakatan Harapan khusus mendepani PRU15 dan terus bertekad membina keyakinan anak muda untuk konsisten membawa nafas politik yang baharu, politik yang mementingkan rakyat, politik yang berteraskan dasar dan solusi, dan juga menyemarakkan politik progresif pelbagai bangsa serta faham agama," kata kenyataan Angkatan Muda HARAPAN.


Menurut kenyataan itu lagi, Angkatan Muda HARAPAN akan segera turun padang memberi penerangan berhubung isu isu yang menimbulkan keresahan rakyat dan gagal diselesaikan oleh kerajaan BN - PN sejak kebelakangan ini.


Sehubungan itu, mereka akan mengadakan jelajah untuk membangkitkan kesedaran rakyat mengenai perlunya perubahan pemerintah dalam PRU 15.


"Menginsafi beberapa isu mutakhir terkait anak muda, terkait kos sara hidup anak muda termasuklah kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda, Angkatan Muda HARAPAN akan menganjurkan Jelajah Harapan Anak Muda yang akan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 13 Ogos 2022 dan akan diteruskan di beberapa negeri lain lagi selepas ini.


"Jelajah Harapan Anak Muda ini bukan sahaja sebagai medan pencerahan dan penerangan secara konvensional, tetapi bagi menjalankan komitmen Angkatan Muda HARAPAN untuk terus bersama dengan anak muda mengangkat aspirasi mereka melalui suara hati nurani anak muda," kata mereka lagi.


Justeru bagi memperkukuh kesatuan dan memperkemas organisasi, Angkatan Muda HARAPAN mengumumkan struktur penuh organisasi mereka, semalam:


Ketua Angkatan Muda - Kelvin Yii Lee Wuen


Timb. Ketua Angkatan Muda - Mohd Hasbie Muda

Timb. Ketua Angkatan Muda - Adam Adli Abd Halim

Timb. Ketua Angkatan Muda - Nurthaqaffah Nordin

Timb. Ketua Angkatan Muda - Felix Joseph Saang


Naib Ketua Angkatan Muda - Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan

Naib Ketua Angkatan Muda - Young Syefura Othman

Naib Ketua Angkatan Muda - Muhammad Kamil Abdul Munim

Naib Ketua Angkatan Muda - Kennedy John Angian


Setiausaha - Musaddeq Khalid

Timb. Setiausaha - Omar Mokhtar A Manap


Bendahari - Lim Yi Wei

Timb. Bendahari - Nur Najihah Muhaimin


Biro Pilihan Raya - Asmaaliff Abdul Adam

- Prabakaran a/l Parameswaran

- Keristinah Philip Selvaraju


Biro Mobilisasi - Umar Khair

- Abbas Azmi

- Jason Raj Kirupanantha


Biro Dasar Awam - Ong Chun Wei

- Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri

- Ammar Atan


Biro Penerangan - Muhammad Haziq Azfar Ishak

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page