top of page

Angkat perpaduan parti, bina keyakinan - Pembahas T'ganu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 56 minutes ago
  • 1 min read


Pembahas dari Terengganu, Azan Ismail menyeru agar anggota parti bersatu selepas Pemilihan KEADILAN 2025 untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap parti.


Katanya, KEADILAN telah melalui tempoh yang panjang membina keyakinan dan tidak seharusnya keyakinan itu dikurangkan.


"Selama 26 tahun kita mesti fokus kepada membina keyakinan. Hari ini keyakinan yang kita bina membuahkan hasil.


"Mana mungkin kita memusnahkan keyakinan yang kita bina. Presiden kebetulan adalah PM, begitu lama mengubah kontroversi kepada keyakinan.


"Hari ini bukan sahaja dalam negara, di luar negara juga terbina keyakinan Malaysia oleh presiden kita. Bukan saja di timur malah di Eropah.


"Memang kita perlu pimpinan yang kuat dan dilabel sebagai muslim sejati untuk memangani isu hari ini," katanya dalam sesi perbahasan di Kongres Nasional KEADILAN di Persada Johor International Convention Center.


Menurut Azan, terdapat banyak perkara yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri sejak 30 tahun lalu melalui idea kebangkitan Asia.


Sehubungan itu, katanya, Presiden KEADILAN itu perlu diberi peluang untuk melakukannya.


"Kita beri peluang kepada presiden dan kepimpinan baru. Presiden pernah melontar idea besar yang belum sempat disempurnakan. Gelombang kebangkitan Asia belum sempat dia buat. Berilah sokongan, harmonikan parti," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page