top of page

Angka terhadap unjuran kadar pengangguran mesti realistik - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberikan angka sebenar terhadap kadar pengangguran negara ketika ini.


Dalam sesi lisan jawab, Anwar meluahkan kebimbangan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan menganggap kerajaan tidak benar-benar mengambil kira semua golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19.


"Saya bimbang unjuran kadar pengangguran jauh lebih kurang daripada kenyataan sebenar yang diberikan pihak kerajaan.


"Adakah mereka yang terkesan benar-benar di bawah 15 peratus, termasuk pekerja yang hilang pekerjaan dan mereka yang cuti tanpa gaji," katanya di Dewan Rakyat.


Anwar juga menggesa supaya kerajaan tidak menggunakan kaedah lama untuk mengukur kadar pengangguran.


"Hakikatnya orang menganggur itu ramai tetapi kerajaan tidak boleh terikat dengan cara mengukur konvensional.


"Saya bimbang kalau unjuran itu jauh lebih kurang, langkah yang diambil kerajaan juga jauh lebih kurang.


"Saya akui ada langkah kerajaan yang memberi kesan tapi kerajaan perlu menerima kenyataan norma baharu, dan mesti juga menjurus kepada angka sebenar pengangguran. Jumlah itu mesti realistik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page