top of page

Angin perubahan: Sambutan luar biasa kempen PH di DUN Chetok


Oleh: Mohamad Shafiq Sahruddin


Sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk DUN N.14 Chetok, Rantau Panjang, Kelantan yang berlangsung, calon dari Pakatan Harapan (PH), Ezzat Hanuzi telah menerima sambutan luar biasa dari rakyat setempat.


Sebagai calon anak muda bagi mewakilidenyut nadi rakyat di Chetok, Ezzat Hanuzi berjanji untuk menyelesaikan isu-isu permasalahan rakyat yang kritikal seperti isu air, isu kebajikan dan isu peluang pekerjaan rakyat sebagai agenda utama manifesto beliau sepanjang kempen.


Menurut Ezzat, beliau merasakan sentuhan kasih sayang daripada warga tempatan yang turut berjuang untuk memajukan dan membawa perubahan positif kali ini.


"Saya benar-benar terharu dengan sambutan yang sangat baik daripada warga Chetok.


"Semasa berinteraksi dengan mereka, saya dapat merasai semangat mereka untuk melihat perubahan positif dan pembangunan berterusan di kawasan ini.


"Ini adalah dorongan yang menggerakkan saya untuk terus berjuang "Demi Rakyat Chetok," katanya.


Selain itu, Ezzat Hanuzi juga telah menarik perhatian pengundi dengan manifesto DUN beliau yang jelas serta relevan dengan kehendak dan keperluan warga tempatan.


Manifesto beliau menekankan penambahbaikan isu masalah air dan infrastruktur, akses pendidikan berkualiti, pemuliharaan alam sekitar, dan peluang pekerjaan, telah mencuri perhatian banyak pengundi.


Sokongan dalam talian turut membanjiri media sosial berkaitan Ezzat seperti #EzzatHanuzi, #DemiRakyatChetok #KitoPakatUbahChetok dan #ChetokPakohPakatan menjadi trending dan mencerminkan semangat serta harapan warga Chetok terhadap perubahan yang didambakan di kawasan mereka.


Sambutan yang positif ini menandakan perubahan momentum politik di kawasan tersebut, dengan sokongan yang semakin kukuh bagi calon dari Pakatan Harapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page