top of page

Angin perubahan mula melanda Kelantan - Zinda Khalil

Updated: Aug 11, 2023



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini, angin perubahan mula bertiup di negeri Serambi Mekah itu yang merupakan kubu kuat Pas sejak pilihanraya 1990 lalu.


Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan (gambar atas, berbaju merah), kempen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional kelihatan semakin diterima baik oleh para pengundi.


Menurutnya berdasarkan pengalaman, tidak pernah calon PH disambut sedemikian mesra berbanding siri kempen pilihanraya lalu.


"Sehari dua saya ini sudah kempen oll out.


"Kita dapati sambutan bagus. Saya baru lepas minum kopi di kedai adik kepada orang kanan Kak Ani, calon lawan saya. Tetapi dia terima saya (teruja), siap ambil gambar semua.


"Nampak (pengundi) nak berubah. Kelantan kali ini nak berubah. Cuma antara cukup dan tidak cukup (kerusi) sahaja (untuk bentuk kerajaan)," kata Zinda Khalil kepada Suara Keadilan.


Ditanya mengenai serangan bekas Setiauasaha Agung UMNO, kononnya kerajaan pusat yang bersalah kepada rakyat Kelantan kerana tidak membawa pembangunan, beliau mempunyai pendapat berlainan.


Katanya, BN tidak sepenuhnya lemah kerana tidak membawa pembangunan sebelum ini. Pas pun pernah memerintah Kerajaan Persekutuan selama 3 tahun (2020 - 2022) namun tiada juga pembangunan yang dibawa ke Kelantan.


"Zaman 33 bulan (Pas dalam kerajaan) dari Kelantan sahaja rasanya ada 6 - 7 menteri. Seperti Annuar Musa, Tuan Ibrahim, Takiyudin Hassan, Zailah Yusof dan lain lain.


"Sebanyak itu menteri dan timbalan dari Kelantan tetapi tak ada apa pun mereka buat. Nak cakap masalah air pun tak boleh selesai.


"Kalau tengok kenyataan, Tuan Ibrahim pernah kata tak ada air tadah hujan dan macam macam. Itulah menteri pandai komen sahaja


"Tetapi kita tengok Perdana Menteri kita naik (bukan dari Kelantan pun), terus bagi bantuan. Walaupun dalam masa 7 - 8 bulan jadi PM bantuan dah segera (tiba) di Kelantan," katanya membidas hujah Annuar Musa.


Zinda Khalil bertanding di DUN Tanjung Mas kali ini. Lawan beliau Rohani Ibrahim merupakan penyandang 4 penggal di kawasan itu.


Mantan pengurus agensi Kumpulan Takaful Ikhlas Berhad yang berpendidikan Ijazah Kejuruteraan Mikroelektronik (UTM) itu berazam mahu membawa kemajuan ke Tanjung Mas yang tidak banyak berubah sejak kerajaan Pas mula bertapak di Kelantan 30 tahun lalu.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page