Kegawatan negara menghadapi pandemik Covid 19 yang tidak berjaya diselesaikan oleh kerajaan Perkatan Nasional memerlukan KEADILAN menjadikan dirinya sebagai penyelesai masalah.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ahli dan pimpinan parti itu perlu memposisikan diri sebagai harapan rakyat menyelesaikan masalah setempat dan negara.
"Di atas platform kongres ini saya menggesa pimpinan dan anggota agar memposisikan KEADILAN pada posisi penyelesai masalah yang menawarkan jalan keluar.
"Kita berikan dukungan kepada presiden dan pimpinan pada semua peringat agar menjadi pimpinan yang mampu menyelesaikan masalah.
"Dalam suasana krisis, rakyat perlukan penyelesai masalah sebab itu saya ucapkan syabas kepada presiden dalam beberapa hari lepas menyediakan perancangan khusus untuk membawa negara kita keluar dari masalah yang dinamakan exit strategy yang memunyai4 teras dan12 startegi.
"Saya menggesa seluruh pimpinan membaca dan meneliti dokuman ini kerana ia tawaran KEADILAN untuk rakyat Malaysia yang dihasilkan dengan lengkap oleh Pejabat Presiden," katanya dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN, sebentar tadi.
Selain harapan tersebut, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tersebut juga mengumumkan secara tradisinya cabang-cabang yang mencatat penambahan keanggotaan baharu tertinggi pada 2021.
"Selalunya kita umum Cabang menerima kemasukan anggota paling ramai. Kali ini kita beri kepada Cabang yang mencatatkan penambahan anggota paling banyak.
"Sehingga 29 April 2021. Cabang Sungai Siput mencatat penambahan 2,224 anggota, Cabang Ampang 2,280, Cabang Port Dickson 2,479 dan Cabang mencatat kemasukan paling ramai ialah Sg Buloh seramai 6,259 anggota," katanya.
Di samping itu, Saifuddin juga mengumumkan penerima anugerah Bill Kayong pada 2020 seramai 3 orang, iaitu Allahyarham Wan Khazim Wan Din, Allahyarham Abdul Halim Mohamad Dawam dan Lee Kim Sin.
Setiausaha Agung juga membuat pengumuman keputusan parti bahawa jawatan tertinggi seperti Timbalan, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat yang kosong akibat pengkhianatan tidak akan diisi sehingga pemilihan akan datang.
Manakala mesyuarat agung Cabang dan Kongres Tahunan pula akan disekalikan pada 2022.
"Oleh kerana tahun ini berbaki 6 bulan sahaja lagi, Majlis Pimpinan Pusat membuat kesimpulan, saya maklumkan kepada kongres hari ini, Kongres Tahunan 2021 akan kita bawa pada tahun 2022 dan akan kita sekalikan dengan Kongres Tahunan 2022.
"Sekaligus Mesyuarat Agung Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali laporan tahunan Cabang mesti kita serahkan kepada ROS pada tahun ini juga," katanya lagi.
Comments