top of page

Anggota penuh PBB: Malaysia kecewa AS guna veto sekat Palestin



Malaysia melahirkan rasa kecewa dan bimbang susulan penggunaan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai anggota penuh badan dunia itu.


Kuasa veto tersebut digunakan ketika sebahagian besar anggota PBB memberikan sokongan kepada usul berkenaan.


Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pelaksanaan veto ke atas perkara sepenting itu menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar ahli Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan hak rakyat Palestin.


"Ini termasuk untuk menentukan nasib sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis sejak 1967," kata kenyataan itu hari ini.


Kementerian Luar berkata, Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan meneruskan usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.


Kementerian Luar berkata, Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan meneruskan usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.


Dalam undian 12 menyokong satu menentang, dengan dua berkecuali, Majlis Keselamatan PBB gagal meluluskan resolusi yang akan mengesyorkan Perhimpunan Agung mengadakan undian dengan keanggotaan PBB yang lebih luas untuk membenarkan Palestin menyertai sebagai negara anggota badan dunia itu.


Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya bagi menggagalkan resolusi itu dengan alasan kemasukan Palestin ke PBB perlu dibincangkan di peringkat pihak berkuasa Palestin dan Israel.


United Kingdom dan Switzerland berkecuali manakala sekutu AS iaitu Perancis, Jepun dan Korea Selatan menyokong resolusi tersebut.


Untuk draf resolusi diluluskan, majlis itu mesti mempunyai sekurang-kurangnya sembilan ahli yang menyokong dan tiada ahli tetapnya - China, Perancis, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto mereka.


Di tengah-tengah perang yang berterusan di Gaza, Palestin telah mengemukakan permintaan kepada Setiausaha Agung PBB pada 2 April agar permohonon yang dikemukakan pada 2011 untuk menjadi negara anggota PBB dipertimbangkan semula.


Pada 2011, Majlis Keselamatan mempertimbangkan permintaan itu tetapi tidak dapat mencari perpaduan dalam menghantar cadangan kepada Perhimpunan Agung yang menurut Piagam PBB mesti mengadakan undian melibatkan 193 negara anggotanya.


Awal bulan ini, Majlis Keselamatan menghantar permintaan terkini kepada Jawatankuasa Kemasukan Negara Anggotanya yang bermesyuarat pada 8 dan 11 April untuk membincangkan perkara itu.


Palestin menjadi Pemerhati Tetap di PBB sejak 2012.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page