Anggota Panel RCI Tabung Haji nafi dakwaan Madina
- Suara Keadilan

- 55 minutes ago
- 1 min read

Dakwaan bekas Ketua Audit Tan Sri Madinah Mohamad bahawa beliau tidak diberi peluang untuk mengemukakan maklumat penting kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak benar.
Anggota panel RCI, Norsyahrin Hamidon tampil mendedahkan, keterangan telah diambil daripada semua saksi berkaitan termasuk Madinah.
"Bukti keterangan saksi sudah diambil daripada semua saksi termasuk Tan Sri Madinah.
"Beliau tidak dipanggil di hadapan Pesuruhjaya kerana Pesuruhjaya RCI sudah mendapat jawapan bertulis daripada beliau dan ramai saksi lain," katanya dipetik laporan media.
Norsyahrin yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) antara enam individu dilantik bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH.
Terdahulu, Madina dalam satu acara di Kuala Lumpur pada Selasa menyatakan rasa terkilan kerana tidak dipanggil memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan.
Beliau mendakwa hadir untuk memberi keterangan selepas disapina, namun kemudian dimaklumkan tidak perlu masuk memberi keterangan secara bersemuka di hadapan panel RCI.
"Untuk mengatakan beliau (Madina) tidak mendapat peluang memberikan maklumat penting adalah tidak benar," tegas Norsyahrin.




Comments