Anggota KEADILAN beri kepercayaan kepada pemimpin muda - Najwan



Trend pemilihan kepimpinan KEADILAN bagi sesi 2022 - 2025 lebih kepada kepemimpin muda berdasarkan calon yang memenangi jawatan timbalan dan naib presiden parti.


Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, Najwan Halimi, hal itu bagus untuk proses rejuvenasi parti dan memperlihatkan KEADILAN tidak ketandusan bakat bakat baharu untuk memimpin negara.


"Pemilihan Mohd Rafizi sebagai Timbalan Presiden; Amirudin, Nik Nazmi serta Lih Kang sebagai Naib Presiden yang ke semuanya berusia dalam lingkungan 40-an menunjukkan majoriti anggota KEADILAN menaruh kepercayaan dan harapan kepada

generasi pimpinan pelapis untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.


"Ini juga membuktikan KEADILAN sejak dari awal penubuhan tidak pernah ketandusan pemimpin, malahan sentiasa menyediakan ruang kepada anak-anak muda yang percaya terhadap Agenda Reformasi untuk mencorak hala tuju parti," katanya.


Oleh yang demikian, hal itu memberi impak juga, katanya kepada Cabang Shah Alam yang mengganti kepimpinan kepada yang lebih muda.


"Ternyata, majoriti anggota inginkan perubahan dan mahukan kepimpinan yang bersifat dinamik, agresif, dan inklusif.


"Bergerak ke hadapan, saya menggesa semua lapisan pimpinan dan anggota agar kembali bertaut sebagai sebuah pasukan besar KEADILAN dan mengetepikan sentimen kabilah serta menumpukan kekuatan untuk berkhidmat kepada parti khususnya dalam

membantu kepimpinan presiden memenangi PRU15," ujarnya.


Selain itu, mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor itu juga mengucapkan penghargaan kepada para penyokong beliau di Shah Alam dan seluruh negara


Najwan turut mengucapkan tahniah kepada pemimpin pemimpin baharu KEADILAN yang bakal menerajui parti menempuh Pilihan Raya Umum ke 15.


"Saya rakamkan ucapan tahniah kepada semua calon jawatan tertinggi parti yang telah diberi mandat oleh anggota KEADILAN.


"Keputusan yang dizahirkan oleh anggota jelas menunjukkan majoriti inginkan perubahan serta pembaharuan khususnya terkait persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER